Mukadimah
Polarisasi kaum menentukan cara rakyat Malaysia berpolitik dan sekali lagi akan mempengaruhi pengundian dalam PRU kali ini; malah akan melebihi keadaan sebelumnya. Maka tidaklah keterlaluan jika saya menjangka hampir 100% dari kaum Cina di Semenanjung akan mengundi Pakatan Harapan, 94% pengundi Melayu Semenanjung akan mengundi Parti yang berteraskan kuasa Melayu, iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Sementara itu kaum India pula mungkin masih memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan, dengan selebihnya kepada Barisan Nasional, mungkin ada juga kepada Perikan Nasional.
Bagi pengundi muda Semenanjung pula, untuk kaum Cina (umur 18-39 tahun) dijangka tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan, sementara pengundi muda Melayu dijangka majoriti menyokong Perikatan Nasional. Bagi Melayu berumur melebihi 39 tahun, majoriti masih lagi mengundi BN.
Ini saya rumuskan berpandu kepada keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka(2021) dan PRN Johor (2022).
Sementara itu ada beberapa penganalis berpendapat yang undi muda masih misteri atau di atas pagar, dengan alasan mereka ini idealitik. Perlu diingatkan yang undi muda (umur 18-39 tahun) merupakan undi majority dalam daftar pemilih, kira-kira 51%. Jika betul mereka ini duduk diatas pagar, mengapa pula hampir 100% pengundi kaum Cina biasanya memilih PH dan mengapa 94% pula undi Melayu nampak jelas akan memilih BN dan PN? Dengan fakta ini, sebenarnya undi atas pagar ini tidak ramai dan ini jelas dilihat dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Melaka baru-baru ini. Ramai pengundi sebenarnya telah membuat keputusan lama sebelum PRU 15. Mereka bertindak mengikut kepentingan kaum masing-masing.
Asas Ramalan bagi Wilayah Semenanjung
Dalam analisis terkini, saya dapati sokongan dari kaum Melayu untuk BN berbeza mengikut negeri. Sokongan tertinggi ialah 62% di Johor dan terendah, 35% di Kedah. Bagi PN pula sokongan Melayu dianggarkan tertinggi di Kelantan 63% dan terendah di Johor, 30%.
Sokongan pengundi Cina pula hampir 100% di setiap negeri mengundi Pakatan Harapan kecuali di Johor setinggi 82% sahaja.
Ketika membuat Ramalan, ia dibuat mengikut data setiap negeri dan hasil bagi setiap negeri di jumlahkan bagi menghasilkan jumlah kerusi yang setiap parti perolehi bagi wilayah semenanjung.
.
Asas Ramalan Wilayah Sarawak
Keadaan di Sarawak berbeza dengan Semenanjung dari segi ras pengundi dan parti yang bertanding. Di sini kumpulan pengundi ialah Dayak, Melayu/Melanau dan Cina dan parti politiknya ialah Gabungan Parti Srawak (GPS) yang memerintah sekarang, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Parti Sarawak Bersatu (PSB)
Ramalan dibuat berasas kepada data sokongan setiap kaum kepada parti dalam PRN Sarawak pada tahun lepas. Ini bererti parti GPS di jangka mendapat 88.7% undi Melayu/Melanau, 60% undi Dayak dan 37% undi Cina.
Asas Ramalan Wilayah Sabah
Di Sabah pula terdapat 26 Kerusi Parlimen, daripadanya 7 Kerusi ditandingi GRS-BERSATU, 12 ditandingi GRS-UMNO, 2 GRS-PBS dan 2 GRS-STAR.
Dalam PRN DUN Sabah tahun 2020, ada terdapat sebanyak 73 Kerusi DUN, 14 dimenangi UMNO, 11 BERSATU, 32 WARISAN 32 SELEBEHNYA OLEH GRS tempatan dan lain lain.
Keadaan masih tidak begitu jelas kerana kehangatan kempen pelbagai parti termasuk UMNO, BERSATU, WARISAN dan beberapa parti tempatan, masing-masingnya mempunyai kekuatan tersendiri. Pengaruh setiap parti tidak begitu mantap di banyak kawasan dan keberkesanan kempen akan menentukan keputusan nanti. Setakat ini saya hanya mengandaikan kekuatan setiap parti akan kekal seperti digambarkan dalam PRN Sabah pada 2020 dahulu.
Dibawah saya perturunkan jadual Ramalan Keputusan untuk tiga wilayah dan untuk Malaysia keseluruhannya:
WILAYAH SEMENANJUNG | SENARIO 1 | SENARIO 2 |
`BARISAN NASIONAL | 65 | 47 |
PAKATAN HARAPAN | 63 | 71 |
PERIKATAN NASIONAL | 35 | 46 |
PEJUANG | 2 | 1 |
WILAYAH SARAWAK | ||
GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) | 26 | 24 |
PAKATAN HARAPAN | 3 | 4 |
PARTI SARAWAK BERSATU (PSB) | 1 | 2 |
PERIKATAN NASIONAL | 1 | 1 |
WILAYAH SABAH (+LABUAN) | ||
GRS-PBS,STAR | 4 | 4 |
GRS-UMNO | 6 | 6 |
GRS-BERSATU | 3 | 4 |
WARISAN | 9 | 9 |
PAKATAN HARAPAN | 4 | 3 |
MALAYSIA | ||
BARISAN NASIONAL | 71 | 53 |
PAKATAN HARAPAN | 70 | 78 |
PERIKATAN NASIONAL | 39 | 51 |
GPS | 26 | 24 |
WARISAN | 9 | 9 |
LAIN-LAIN | 7 | 7 |
JUMLAH KERUSI PARLIMEN MALAYSIA | 222 | 222 |
Sila lihat kedudukan Perikatan Nasional dalam jadual di atas. Dalam keadaan minima ia jauh tertinggal di belakang BN, tetapi dalam keadaan maksima ia menyamai pencapaian BN. Sejurus selepas PRN Melaka saya telah menertbitkan satu artikel ‘ PRN Melaka 2021: Keputusan Pengundi Merestui Parti Melayu Alternatif ‘pada 23.11.21 Inilah kajian pertama yang nampak kemunculan trend baru dalam politik Melayu.
Kini ramai penganalis politik tanah air mengakui trend ini dan ramai mereka mulai yakin yang Perikatan Nasional betul-betul menjadi pesaing BN dan memungkinkan YB Tan Sri Muhyddin Yasin menjadi PM sekali lagi berikutan keputusan PRU 15. Jika tren ini terus memuncak ke hari pengundian, ia adalah suatu kemungkinan yang akan terjadi. Apa salahnya, beliau amat layak, adalah seorang bijak, cekap dan berani menentang perasuah. Belaiu terbukti sanggup mengorbankan kedududakan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana pegangan kuat kepada prinsip. Kerajaan Perikatan Nasional amat berjaya dalam mengharungi Pandemik COVID-19 tahun 2020-2021 yang banyak menyelamatkan nyawa dan membantu rakyat Malaysia dalam kegentingan.
Sekian, wallahu a’lam. Artikel in akan disusuli dengan artikel suasana kempen di Sabah dan Terengganu dalam masa terdekat.
.
DAHIKHWAN
[artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di blog DAH IKHWAN pada 15 November 2022]