Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian YB Sallehuddin Ayub, penyandang kedua-dua kerusi tersebut. Tarikh mengundi telah ditetapkan pada Hari Sabtu 9 September 2023.
Butiran tentang kawasan tersebut adalah seperti berikut:
Keterangan | P. 161 Pulai | N. 13 Simpang Jeram |
Pengundi berdaftar | 166,653 | 40,379 |
Melayu | 44.5% | 51.87% |
Cina | 40.47 | 44.57 |
India | 12.3 | 2.53 |
Walaupun kawasan diatas kini dipegang oleh Pakatan Harapan, pertarungan sengit adalah dijangka kerana Pakatan Harapan (AMANAH) mempertahankan kedua kawasan ini dengan mengemukakan calon baru disamping suasana pertandingan yang berbeza. Dulu kawasan-kawasan ini ditandingi oleh PH, BN dan PN. Oleh kerana adanya kerjasama diantara PH dan BN, jadi pertarungan kali ini hanya melibatkan dua pihak, iaitu PH dan PN. Seperti keadaan di PRN enam buah negeri baru-baru ini, adalah dijangka pengundi UMNO akan memindahkan undi mereka kepada Perikatan Nasional secara beramai-ramai.
Bagi mereka yang belum membaca analisis PRN 2023 Enam Buah Negeri, sila ambil maklum yang Gelombang Perikatan Nasional sesungguhnya telah melanda kesemua enam buah negeri yang bertanding, dengan menyaksikan 61.6% pengundi Melayu telah memilih PN di Negeri Sembilan(kes terendah) kepada sehingga 84.2% di Kedah (kes tertinggi).
Di Pulai peratusan undi Melayu adalah minoriti berbanding bukan Melayu, jadi ini tidak mungkin membolehkan PN menawanya. Berdasar pola undi di Johor, suasana politik semasa dan temuramah dengan beberapa pengundi disini, dengan undi majoriti ditangan bukan Melayu, adalah dijangka Pakatan Harapan akan berjaya mempertahankan Kawasan Parlimen Pulai dengan majoriti yang agak selesa.
Bagai kawasan Simpang Jeram pula, undi Melayu adalah majoriti, jadi saya dapati lebih mungkin PN menang di sini. Adalah dijangka PN akan menang, tetapi dengan majoriti kira-kira 1500 undi sahaja.
Sekian, wallahu a’lam.
.
DAH IKHWAN
Sila baca juga artikel ‘PRN 2023: Keputusan danAnalisis’