Ramalan PRN (2022) Negeri Johor

Seperti biasa atas permintaan pembaca, saya memaparkan di sini Ramalan Pilihanraya Negeri Johor 2022 untuk tatapan anda sekalian.

Inilah ramlan Pilihan Raya Negeri yang ketiga saya sediakan sejak PRU ke 14 dahulu, selain ramalan hampir sepuluh Pilihan Raya Kecil dalam tempoh yang sama. Seperti yang anda ketahui, kesemua ramalan tersebut telah di buat dengan cukup tepat.

Ramalan kali ini dibuat perpandukan data dari analisis keputusan Pilihan Raya Melaka baru-baru ini. Saya dapati data daripada PRN Melaka amatlah sesuai untuk dijadikan asas ramalan ini, kerana kedua-dua buah negeri ini adalah bersebelahan dan merupakan kubu-kuat UMNO. Sentimen pengundi adalah serupa dengan hanya sedikit perbezaan.

Analisis data dari Melaka menunjukkan yang 53% pengundi Melayu di Melaka telah mengundi BN, sementara hampir separuh pula telah menerima Parti Perikatan Nasional. Kerja membuat andaian untuk Johor amat sukar sekali kerana faktor-faktor istimewa yang ada pada negeri ini. Pertama ia adalah negeri di mana UMNO dilahirkan, tetapi ia juga negeri melahirkan Tan Sri Muhyddin Yassin, Presiden Parti Bersatu, satu-satunya pemimpin sebuah parti besar diyakini rakyat. Dua faktor ini adalah berlawanan, satu menarik pengundi kearah UMNO dan satu lagi kearah Parti Bersatu. Jika di lihat dari keadaan di Melaka, nampaknya pengundi Melayu di Johor dan banyak negeri lain kini berada dipersimpangan dan mulai bersedia menerima Parti Bersatu/PN sebagai sebuah parti Melayu alternatif. Tak payahlah saya sebutkan sebab-sebabnya kerana anda sekalian juga sudah sedia maklum sendiri.

Ketika membuat ramalan ini, saya menggunakan dua kaedah. Pada kaedah pertama saya menggunakan data asas sokongan pengundi Melayu tanpa julat umur. Pada kaedah kedua saya buat analisis dengan pecahan julat umur penggundi Melayu antara 18 ke 39 tahun dan antara 40 ke 90 tahun, maka pada kaedah kedua ini saya telah mengambil-kira pengundi baru yang berumur 18 hingga 20 tahun

Dianggarkan yang pengundi baru mempunyai sentimen politik serupa dengan yang lain dibawah 40 tahun. Berasaskan analisis data di Melaka, saya rumuskan majoriti besar pengundi Melayu dibawah 40 tahun akan mengundi Perikatan Nasional sementara majoriti diatas 40 tahun mengundi Barisan Nasional. Ini menyebabkan kekuatan Perikatan Nasional hampir menyaingi kekuatan Barisan Nasional di Johor, apa lagi setelah rakyat berumur 18 hingga 20 tahun kini dibenarkan mengundi. Yang memberi kelebihan kepada BN saya agak ialah sokongan daripada kaum lain, terutama dari kaum India.

Berasas dengan tinjauan diatas, saya telah memuatkan data dari keseluruhan 56 kerusi DUN Johor dan menghasilkan ramalan komputer seperti dalan jadual di bawah:

PARTI POLITIK SENARIO BN MAXIMA SENARIO BN MINIMA
Barisan Nasional 35 20
Pakatan Harapan 17 29
Perikatan Nasional 4 7
Jumlah 56 56
Ramalan PRN Johor 2022 . . .Sumber: DAH IKHWAN

Sekian, terima kasih wallahu a’lam.

.

DAH IKHWAN

.

[ artikel  ini telah terlebih dahulu disiar dalam  DAH IKHWAN BLOG pada 10 Mac 2022]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *